Monday, January 16, 2012

buLan Membaking...ahaks...

Assalamualaikum...earthling!!!

seronok betul berblogger (as hubby said) sebab internet kat umah dah laju..UniFi in the house...witt...wittt....hmmm tp tu la yg menyebabkan tak lajunya...ade gak.kang kejap..hek...cik Marissa nangish...kang kejap "mummy adek nak tgk otomen"...kang kejap " mummy effan nak tgk boboi boy.." haiiishhh....pleeese...give mummy time tu berblogger dear...

ni bulan Januari 2012..adalah bulan membaking aku...hmmm tu kat dapur dah terbau coffee sponge kek....ntah jadik ntah idak...1st time try resepi...aku tak ingat amik dari mana...bese la...dok gugel..dapat resepi bes salin..kang bile anak2 take over the lappy.langsung hilang website...tapi aku sempat tulis resepi dari alex goh.( jap cek...macam dah masak..bip bip dah bunyi)

nah...amik.... Coffee Sponge Cake (resepi alex goh tu xde coffee...aku yg tambah guna coffee elmalco (eh salah eja ke??))



Sebenarnya aku nak buat resepi Tiramisu Simple dari Maklang yang aku dah amik resepi nih sejak 2 thn lepas...fuh lama giler...last week aku godek2 file resepi lama dalam doc aku...jumpa balik resepi nih..thanks maklang...resepi yg sangat mudah.Nah...ni dia rupa tiramisu aku tu...layan....




Bulan neh memang banyak betul aku membaking, dari roti sampai sponge kek...haihhh...maklum la cuti...takto pulak nak wat ape...mengomokkan badan ajek...next week dah mula keje...takto la buleh ke tak nak membaking kerap2...tapi sehari b4 bersalin ritu pun sempat buat RVC...hah...tp gelojoh punya pasal aku dh potong masa time panas2...habis hancusss...last jadik GEMPA BUMI KEK (as hubby said..haihh)..then aku paksa la dia makan...amikkk!!..telan jugak dan pura2 kater sedap...poor me!!!..disaster kek ni takderk gambo..jum  layan apa yg aku dah baking...n resepi skali..

Habis pantang, lepas gian nak berbaking...dan buat makan2 sket kat umah ni yg terhasil


Ni Resepi nya...amik dari Cik Tom

Bahan-bahan:

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai ~ ni aku tak letak pun
pewarna


Cara-cara:


1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan kental.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain (masukkan susu, tepung dan ovelette  last sekali masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan yg telah diwarnakan ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam papercups (3/4 ).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)~aku tak letak

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.(untuk yg letak filing)

8. Last sekali dot-dot kan dengan aduanan berwarna ,kemudian kukus dengan api sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. (yang ini aku dah try test...mesti air menggelegak...kalo tak apam tak naik cantik)

***dan sila balut jugak penutup kukus dengan kain bersih supaya air kukusan tak menitis kat apam...kalo tak air mata korang yg menitis sebab apam tak cantik...heheheh


Ni pulak Marble Cheese Brownies..Resepi amik dari Rinchan



MARBLE CHEESE BROWNIES



Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.

2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.

7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu.

2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

memang aku copy bulat2 dari Kak Rinnchan...tq ye ahkak!...memang mabeles la brownies neh...dah 2 kali buat...yg kali ni cheese atas mmg tak hangus sebab pakai oven mak aku yg aku dah amik setahun yg lepas..heheh..sebenarnya aku takto pun oven ni multifunction.sebab aku ingat hanya utk bread maker dan bakar roti sahaja...rupa2 nye selepas merujuk sifu oven ni iaitu  Aween baru la aku lega...sebab cheese dia tak hangus.

ok ni oven aku yg aku guna Noxxa Bread Maker n multifunction oven






Doh yang dibuat guna Bread maker Noxxa

So hasil dari doh yang telah diuli guna Bread Maker tu jadi la pizza fresh from oven, doh tu pun boleh buat pau sambal dan donut....serta roti yg pelbagai rase (sosej bun, pizza bun, mayo n bawang bun....perrrghhh terliur pulak..inti kacang ke inti tuna ke)...hmmm best giler...kalo aku tau setahun lepas aku dah buat....tapi penyakit M pun ade kadang2 tu...tu yg tahun ni baru menjadik...




Sebabkan kesian sangat kat aku (dah la manual oven tu hilang...yg ade cuma Bahasa Cina) Aween dengan rela hati datang menyinggah kat umah aku otw dia nak g ke KL last Sunday...sempat buat pelbagai rase roti termasuk sosej bun tau......tapi gambar tak sempat amik...sebab kelam kabut dengan Marissa dok nangish...roti yg ade telah aku agih2 kan kat jiran2...many thanx Aween...cayang kat u....huhuhu