Monday, August 08, 2011

Puding Roti, sOs KasTarD dan eSkEm vaniLLa

Assalamualaikummm......

Tetiba teringin nak makan puding roti gara2 terbaca status member FB pasal puding roti dan ais krim vanilla minggu lepas..aku pun mengoogle cari2 mana resepi yg sedap, senang dan ringkas....aku dh lupa mana aku ambil resepi tu sebab time tu aku tgh meeting sambil salin resepi...heheheheh. so hari sabtu aku pun try n error resepi yg aku jumpa tu...

oke la kat bawah ni gambar dan resepinya...






Bahan-bahan :

Sebuku roti Gardenia (kulit atas dan bawah skali aku tak masukkan)
2 tin susu cair (atau fresh milk)
2 biji telur
4 tbsp gula (kalo suka manis tambah lagik)
1 tsp vanilla
1/2 drp seketul mentega cairkan dlm microvawe (aku guna semuanya skali..agak berminyak sket la)

Cara nak membuatnya :-

~Roti dicarik2 kecil masuk dlm bekas /mangkuk pembakar
~sebatikan telur, gula dan esen vanilla, kacau rata smpi gula larut
~ dan masukkan susu cair
~tuangkan mentega yg telah cair ke atas roti then tuangkan adunan susu tadi
~bakar dalam oven suhu 180 degree selama 40 minit api bawah sahaja kalo nak garis atas dia bakar lagik  dalam 5 minit guna api atas

Sos kastard:

2 cawan susu cair
1 tbsp tepung kastard larut kan dgn sedikit air
2 tbsp gula (tamabh jika suka manis)

~satukan dalam periuk guna api perlahan sampai pekat.jgn berkerak dan hangit di bawah..kang pahit....

~selamat mencuba enjoiceeee!!!!