hi...dear
boring2 upload resepi yg dah 2x buat...resepi ni diambil dari kawan2 kat forum cari yg diambil dari my resepi .com..baru menjadi masa 2nd time buat tupun lagik beberapa hari nak deliver kan si Marissa....masa 1st time jadi jugak,tapi cam bantat sket...yg 2nd ni cam terlebih masak bahagian atas...tp dalam still ok dan mabelesss!! oke jum cuci mata ngan gambar dan resepi.
|
Selepas keluar dari Oven |
|
Selepas di deko dengan Blueberry filling...yummy!!
|
Bila makancheesecake versi ni...dia akan rasa cam cair dimulut...sekejap jek 2 bekas ni dah abis....asik nak makan...dan makan...dan makan...
Bahan-bahan:
A
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
6 biji kuning telur :: kuning sahaja oke..nak letak 5 biji pun oke
1 sudu besar lemon jus
1/4 sudu kecil garam (kalo pakai salted butter tak payah)
60 g tepung kek / superfine tepung
20g tepung jagung
B
140g gula castor
6 biji telur putih / 5 biji
1/4 sudu kecil krim of tartar @ 3/4 sudu kecil lemon jus
Cara-cara:
1. cairkan cream cheese, butter dan susu guna teknik double boil atas api sampai tak berketul dan licin dan sejukkan (takyah masuk peti ais)
2.Aduan yg dah sejuk campurkan dengan segala tepung tadi, kuning telur, garam dan jus lemon, gaul sebati
3.dalam bekas lain pukul putih telur bersama krim of tartar sampai berbuih dan masukkan gula dan pukul sampai bertanduk.
4.Campurkan adunan A dan B dan kacau sebati
5.Sediakan patty tin, griskan bawah dan tepi dengan kertas baking
6. Bakar selama satu jam dengan cara waterbath (ban Marie)npada suhu 160
oC atau ikut kesesuaian oven masing2
** bawah patty tin mesti dibalut dengan aluminium foil
**bila masak terus keluarkan / tinggalkan dalam oven dan renggangkan
oke siap!! dah boleh makan...kalo uolz chill kan lagik sedap...
selamat membaking!!!